Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota 1 Murid 1 Sukan Peringkat PPD Pasir Gudang

Tarikh : 12 Februari 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Seri Alam 2


Semua pegawai dan staf dari Pejabat Pelajaran Daerah Pasri Gudang telah menyertai larian ini yang telah diadakan di SK Seri Alam 2.  Dengan diketuai oleh Timbalan PPD, En. Supiandi b. Yusof larian ini telah dilepaskan pada jam 8.30 pagi. Semua peserta telah berjaya menamatkan larian mereka dengan penuh bersemangat.

  

Terdahulu senamrobik telah diadakan bertujuan untuk memanaskan badan. Terimakasih kepada Guru Besar SK Seri Alam 2, En. A. Rahman b. T. Ahmad kerana sudi menjadi tuan rumah dalam program larian ini. Larian ini dilepaskan serentak di seluruh negari Johor bertujuan melancarkan Dasar Satu Murid Satu Sukan.

  

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.

No comments:

Post a Comment