Wednesday, February 16, 2011

Kejohanan MSSJ Pada 18 - 20 Februari 2011

Pada minggu ini ada beberapa permainan peringkat MSSJ akan berlangsung. Pasukan MSSD Pasir Gudang menghantar semua penyertaan bagi pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut adalah :

1. Merentas Desa - MSSD Batu Pahat
2. Ping Pong - MSSD Mersing
3. Skuasy - MSSDKulaijaya
4. Kriket - MSSD Ledang

Pasukan MSSD Pasir Gudang sedang giat mengadakan latihan pusat untuk menghadapi pertandingan ini bermula 16 - 17 Februari 2011 yang diuruskan oleh Pengerusi Teknik Permainan masing - masing. Semoga pasukan MSSD Pasir Gudang memperolehi kejayaan cemerlang dalam pertandingan yang akan diadakan nanti. SELAMAT BERTANDING.

Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota 1 Murid 1 Sukan Peringkat PPD Pasir Gudang

Tarikh : 12 Februari 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Seri Alam 2


Semua pegawai dan staf dari Pejabat Pelajaran Daerah Pasri Gudang telah menyertai larian ini yang telah diadakan di SK Seri Alam 2.  Dengan diketuai oleh Timbalan PPD, En. Supiandi b. Yusof larian ini telah dilepaskan pada jam 8.30 pagi. Semua peserta telah berjaya menamatkan larian mereka dengan penuh bersemangat.

  

Terdahulu senamrobik telah diadakan bertujuan untuk memanaskan badan. Terimakasih kepada Guru Besar SK Seri Alam 2, En. A. Rahman b. T. Ahmad kerana sudi menjadi tuan rumah dalam program larian ini. Larian ini dilepaskan serentak di seluruh negari Johor bertujuan melancarkan Dasar Satu Murid Satu Sukan.

  

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Pegawai Unit Sukan PPD Pasir Gudang


Penyelia Kanan Sukan PPD Pasir Gudang


En. MOHD RAMLI BIN EMBOK NGINANG
email : ramliembok@yahoo.com



Penyelia Sukan PPD Pasir Gudang
En. MOHD. ASRI BIN A. KARIM
email : askmaniss@yahoo.com

Friday, February 11, 2011

Larian Perdana Mahkota 1 Murid 1 Sukan Negeri Johor 2011


Program larian ini adalah salah satu program pelancaran Dasar Satu Murid Satu Sukan peringkat negeri Johor.
Semua sekolah di negeri Johor akan melaksanakan program ini serentak pada 12 Februari 2011 yang melibatkan penyertaan Tengku Mahkota Johor, Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Daerah, guru - guru, ibu bapa dan murid - murid.

Larian ini akan bermula serentak seluruh negeri Johor pada jam 8.30 pagi pada 12 Februari 2011. Bagi peringkat PPD Pasir Gudang, larian ini diadakan di SK Seri Alam 2 yang mana pada masa yang sama turut diadakan Kejohanan Merentas Desa MSSD Pasir Gudang 2011.

Takwim MSSD Pasir Gudang 2011

MSSJ dan MSSM telah menyediakan takwim sukan sebagai panduan dan rujukan serta memudahkan pihak sekolah untuk membuat persediaan pasukan  untuk tahun 2011.  Takwim MSSD Pasir Gudang adalah berdasarkan kepada takwim yang telah disediakan. Sila klik pautan di bawah ini untuk memuat turun takwim tersebut.

Takwim Sukan dan Permainan Tahun 2011